SELANGOR

HIJRAH: Lebih 80% bayar balik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Lebih 80 peratus peserta program Hijrah Selangor membuat bayaran semula kepada skim mikrokredit terbabit dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman berkata, perkembangan positif itu membuktikan keberkesanan program bantuan kewangan terbabit kepada usahawan sejak dilancarkan.

“Untuk mengekalkan disiplin peserta hijrah, kita wujud jaringan koperasi bagi membimbing usahawan dengan pelatih profesional berkenaan pengurusan kewangan, promosi serta memasarkan produk dengan berkesan supaya perniagaan mereka berjalan lancar.

“Langkah ini juga secara tidak langsung membolehkan bayaran balik dibuat,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Dr Mansor berkata, pihaknya melaksanakan skim ‘Zero to Hero’, pada tahun ini dengan Hijrah Selangor memilih dan melantik syarikat peneraju melaksanakan sistem melatih dan memantau.

Katanya, peserta yang tidak mempunyai perniagaan akan diberi latihan oleh syarikat berkenaan mengikut jangka masa ditetapkan, sebelum menjayakan perniagaan itu sendiri dengan pinjaman Hijrah.


Pengarang :