EKONOMIRinggit

Ringgit dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ekoran kurangnya permintaan, lapor BERNAMA.

Pada jam 9 pagi, nota tempatan disebut harga pada 3.9130/9180, berbanding 3.9070/9120 pada penutup Jumaat lalu.

Ketua Pedagang OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit dijangka menghadapi tekanan ekoran kemungkinan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah pertamanya tahun ini.

“Walaupun kemungkinan besar ini berlaku dan pelabur menerima hakikat itu, namun gambarannya masih positif ke atas ringgit,” katanya dalam nota.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) berlangsung pada 20 Mac dan 21 Mac, dengan pasaran secara menyeluruh menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang pesat membangun.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9671/9727 daripada 2.9761/9810 Jumaat, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8005/8074 daripada 4.8138/8215.

Berbanding yen, ringgit rendah sedikit kepada 3.6967/7018 daripada 3.6953/6010, namun mengukuh kepada 5.4508/4589 daripada 5.4565/4643 berbanding pound.


Pengarang :