23 Dis 2010

Cuti-cuti Malaysia - Melaka Bandaraya Bersejarah

Selamat datang ke Melaka. Begitulah kata-kata yang terdapat di pintu gerbang apabila menuju ke bandar Melaka. Diakui Melaka memang sesuai untuk percutian keluarga dan rasanya sehari dua tidak mencukupi jika bercuti ke Melaka. Hujung bulan Oktober lalu RIS-FAMILI kembali bercuti ke Melaka dan ini merupakan kali kedua RIS-FAMILI bercuti sekeluarga. Walaupun dah kali kedua bersama famili, rasanya tak hilang keterujaan untuk bercuti dan harap-harap boleh pergi lagi di lain masa kalau ada kelapangan.
Memandangkan Melaka adalah destinasi perlancongan sudah tentunya banyak hotel yang ada. Namun sukar juga nak cari hotel yang murah berpatutan kadarnya. Banyak yang dah di tempah, yang masih kosong kebanyakkan adalah yang super mewah dan harganya fuhhhh... mahal gilerr. Cari punya cari dapatlah Hotel GrandCon walaupun harganya lebih sedikit dari bajet. Ok la tu, hanya aircond je yang tak best sebab tak boleh kawal (kawalan berpusat). Malam pertama tidur dalam kesejukan tapi malam berikutnya selesa la sikit sebab lubang aircond dah kena tutup dengan kertas.
Oh ye, percutian kali ini juga turut disertai oleh Tok Amin yang datang secara khusus untuk bersama-sama bercuti. Lokasi percutian pertama yang diserbu sudah tentunya Menara Taming Sari. Kalau percutian pertama dahulu, RIS-FAMILI naik sebanyak 4 kali (2 kali X 2 hari), tapi kali ini hanya naik sekali je. Ketinggian menara ini adalah 110 meter dan rasanya ini merupakan satu-satunya menara yang berfungsi dengan cara berpusing pada tiang sambil naik, kekal berpusing semasa berada di atas. Begitulah juga semasa turun.
Berikutnya adalah ke Taman Buaya. Cadangan asal adalah untuk ke Zoo Melaka tapi disebabkan Amin demam jadi kena pilih taman yang tak begitu luas. Walaupun dinamakan Taman Buaya, haiwan-haiwan lain pun turut dipamerkan. Macam mini zoo la juga. Terdapat beberapa pembaikan berbanding semasa percutian keluarga yang dulu. Antaranya replika monumen-monumen negara, pentas pertunjukan (RIS-FAMILI sempat menyaksikan persembahan haiwan), mini zoo dan taman tema air (bayaran tambahan untuk masuk).
Kali ini RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk menelusuri Sungai Melaka dengan mengikuti Melaka River Cruise memandangkan percutian yang pertama tak berkesempatan disebabkan penumpang tak mencukupi korum untuk bergerak (tunggu selama setengah jam tapi tak de orang lain nak join sekali). Rasanya river cruise ni ambil masa setengah jam juga untuk menelusuri Sungai Melaka. Yang tak bestnya, bila air sungai terpercik, busuk baunya. Jadi sapa yang naik bot, jangan duduk di bahagian depan, kompom kena percikan air. Oleh itu hargailah sungai dan jangan cemari sungai.
Berdekatan dengan Jeti River Cruise terdapat monorail. Monorail ini tak serupa macam monorail di Kuala Lumpur kerana tujuan utama monorail di Melaka adalah untuk membawa pelancong menerokai bandar Melaka dari atas rel di sepanjang Sungai Melaka. Tak ada stesen lain untuk menurunkan penumpang kerana stesen menurunkan penumpang adalah di tempat semasa naik. RIS-FAMILI naik monorail ni pada waktu malam memandangkan pada waktu siang begitu sesak dengan penumpang. Panjang landasan adalah kira-kira 1.6 km Setiap kabin boleh memuatkan seramai 6 orang dan mengambil masa kira-kira 15-20 minit. RIS-FAMILI adalah antara penumpang terawal kerana monorail ini baru saja dilancarkan seminggu sebelum percutian keluarga ini. Yessss.
Selepas naik monorail, RIS-FAMILI pergi ke Eye Of Melaka pula. Jangan terkeliru dengan Eye of Malaysia yang terdapat di Melaka dulu kerana Eye of Malaysia dah tak ada sebab dah habis kontrak perkhidmatan. Ada juga yang panggil Melaka Eye. Walaupun kecil sedikit (ye ke sedikit) tapi ok la juga sebab boleh lihat Bandar Melaka yang bercahaya sebab naik waktu malam. Kepada sesiapa yang takut kepada ketinggian dinasihatkan tak naik roda berpusing ni, begitu juga dengan Menara Taming Sari yang telah dibagitau di awal entri ini.
Seperti biasa tak lengkap rasanya kalau tak bersantai-santai sekitar Bandar Melaka sambil membeli-belah dan menikmati makanan made in Melaka. Untuk makan, RIS-FAMILI memilih warong makan yang berkonsepkan terbuka iaitu beroperasi di bawah pokok (pakai payung utk setiap meja) manakala untuk membeli barangan sebagai tanda kenangan RIS-FAMILI berkunjung ke kedai depan Muzium Samudera dan Melaka Mall.
Kalau ikutkan memang banyak lagi tempat menarik yang ingin dikunjungi lagi tapi memandangkan hanya 4 hari je kenala pilih tempat yang tertentu sahaja ditambah pula Amin yang deman sehari sebelum pergi juga sepanjang percutian ini. Namun Amin tetap berkobar-kobar untuk mengikuti setiap tempat yang dikunjungi. Bagi Amin ini adalah kunjungan dia yang kedua, kunjungan kali pertama adalah semasa dia berumur 2 tahun. Bagi mak dan abah Amin, entahlah... dah tak tahu nak mengira. Hehehe.

Tiada ulasan: